Wednesday, September 11, 2013

syiah iran ad hubungan gelap dengan zionis israel

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda mesti tertanya-tanya, betul ke Syiah ni memperjuangkan Islam atau betul ke Syiah ni sebenarnya adalah sekutu puak Zionis dan barat? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ni, kita kena buka buku sejarah agama Islam. Memang sejak dulu zaman selepas Khalifah Ali, puak Syiah ni memang selalu je tikam Islam dari belakang.

Kalau anda pernah baca tentang sejarah Syiah ni pun, anda akan rasa sangsi dengan ketulusan mereka dalam beragama dalam ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Bak kata Ustaz Asri, “Syiah itu adalah agama baru, bukan agama Islam” (Lihat Di Sini). Semoga kita semua tidak tertipu oleh propaganda barat yang mengatakan Syiah memperjuangkan Islam. Baca artikel di bawah untuk perincian lebih lanjut.


Hubungan Syiah Iran dengan Zionis juga adalah sisi gelap yang mereka tutupi. Beberapa masa lalu seorang Ulama Syiah sempat membuat kenyataan mengejutkan, Menurut Ulama Syiah Mahmud Nubia, bahawa penasihat utama Ahmadinejad, Esfandiar Rahim Mashaei, menyatakan bahawa Iran harus mempunyai “hubungan yang bersahabat” dengan Negara Yahudi, namun Ahmadinejad menahan diri dari kedudukan ini di depan umum kerana pemimpin tinggi Syiah Iran Ayatollah Ali Khamenei sangat keberatan dengan hal ini. (Lihat Eramuslim, Ulama Syiah: Ahmadinejad Ingin Menjalin Persahabatan dengan Israel, 27 Mei 2011)

Nubia lebih lanjut menyatakan bahawa Presiden Iran secara peribadi mengatakan kepadanya bahawa dia menyokong kenyataan Mashaei, tapi tidak boleh berkata apa-apa kerana menghormati pemimpin tertinggi Syiah Iran, Ali Khomeini.

Menurut Husain Ali Hasyimi, dalam tulisannya, Al-Harbul Musytarakah Iran wa Israel bahawa sejak zaman Syiah Pahlevi, Iran telah menjalin hubungan luar negara perdagangan dengan Zionis Yahudi. Dan hubungan dagang ini berterusan sehingga selepas revolusi Syiah yang dipimpin oleh Khomeini.

Apakah rahsia disebalik keakraban ini?
Bahkan pada tahun 1980-1985, Zionis Yahudi merupakan Negara pembekal senjata terbesar ke Iran. Sandiwara “permusuhan” Iran dan Yahudi mulai terbongkar, ketika pesawat kargo Argentina yang membawa senjata dari Yahudi ke Iran tersesat, sehingga masuk ke kawasan Soviet Union, dan akhirnya di tembak jatuh oleh pasukan pertahanan Soviet Union. Dikisahkan, Iran membeli senjata dari Yahudi dengan harga 150 juta dolar Amerika, sehingga untuk menghantar semua senjata tersebut, diperlukan 12 kali penerbangan.

Selanjutnya kalaulah memang Ahmadinejad serius melawan Zionis Amerika, sekiranya ia boleh berbuat lebih nyata dalam melaksanakannya. Tidak jauh dari Iran, berbatasan langsung dengan wilayah Ahmadinejad, yakni Afghanistan di mana puluhan ribu mujahidin bahu membahu mengusir Amerika dan cengkaman Zionis. Namun sampai saat ini belum ada tindakan konkrit dari Ahmadinejad untuk membantu Afghan mengusir Amerika.

Yang terjadi justeru sebaliknya. Kita ketahui bersama hubungan Ahmadinejad dengan Nouri Al Maliki adalah dekat sekali. Sebab Perdana Menteri Syiah di Iraq ini juga naik atas jasa Tehran. Maka itu, pada 18 Oktober 2010, Maliki terbang ke Tehran pada hari Isnin untuk meminta sokongan bagi masa jabatan barunya, kerana Iran telah mempunyai pengaruh yang signifikan di Baghdad sejak runtuhnya Saddam. Padahal jelas-jelas Nouri Al Maliki adalah kaki tangan Amerika di Iraq. (Lebih jauh baca di Eramuslim, Akhirnya, Poros Baru Syiah: Ahmadinejad-Maliki-Al-Sadr, 20 Oktober 2010)

Hanya sekumpulan kecil orang-orang Nasionalis Barat, disokong oleh orang-orang Syiah yang berlindung di sebalik ketiak Amerika Syarikat yang menyokong kerajaan Nouri sekarang dan juga Amerika Syarikat dan sekutunya tentunya.

Kelompok Islam di Iraq jelas menentang pemerintahan dibentuk oleh Amerika Syarikat sekarang dan menyatakan perang terhadapnya (pemerintahan kafir Amerika) adalah Jihad, dan mati melawannya adalah mati syahid. Lalu dimana suara Ahmadinejad dan konci-konco Syiah di Iran untuk turut membantunya?

Hakikatnya baik dari segi akidah mahupun kenyataan di lapangan, kaum Syiah tidak berpihak kepada kaum muslim dan bermesraan dengan kaum kafir. Allahua’lam. (Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi)
- See more at: http://waazin.blogspot.com/2013/01/syiah-iran-ada-hubungan-gelap-dengan.html#sthash.JyQbAJ1o.dpuf

No comments:

Post a Comment